Tuesday, 14 January 2014

Hampir Sama Tak...?


Di antara kedua-dua keladi ini....bentuk daunnya hampir sama...cuma warna yang membezakannya terutama warna pada urat daun....
Keladi yang mempunyai urat daun berwarna putih merupakan antara keladi yang telah lama berada di pasaran....rasanya dari Sabah sehingga Semenanjung hampir saya selalu jumpa keladi ini.... Lagi rimbun dan besar daunnya lagi cantik keladi ini....

Manakala keladi yang mempunya urat daun berwarna pink ini...baru saja saya beli dari salah satu nurseri di Sungai Buloh...daripada banyak-banyak nurseri di Sungai Buloh yang saya telah pergi...hanya ada satu nurseri yang jual keladi jenis ini....Itupun setelah saya pujuk pemilikny supaya jual keladi ini kepada saya....Harganya... "wow" boleh tahan mahalnya....katanya dia pun beli mahal daripada pemborong....


Monday, 29 October 2012

Keladi Pun Berbunga....?

Yup...keladi pun berbunga...tapi satu pokok satu bunga sahaja....
Kalau nak bagi mudah berbunga...siram dengan vermitea...
Tapi kalau keladi rajin berbunga...daunnya tak akan banyak....bila tak rimbun namapak tak cantik la....

Tuesday, 25 September 2012

Cantik Sebagai Hiasan....

Satu lagi hiasan landskap menggunakan kotak kayu... Sedikit kreativiti dan sedikit usaha serta sedikit bahan boleh menghasilkan landskap yang cantik...sedap mata memandang...

Wednesday, 15 August 2012

Keladi 12

Keladi 12

Ini antara keladi yang unik dari segi warna kerana gabungan warna maroon tua dan hijau tua yang jarang-jarang ditemui pada keladi lain....daunnya tebal sikit tetapi masih lembut....

Antara koleksi yang paling saya gemari....

Murah harganya kerana saya beli murah sahaja.....masa saya beli tu keladi ni kecil sahaja....

Tuesday, 3 July 2012

Keladi 62

Keladi 62

Keladi  jenis ini kalau pokoknya sihat daunnya boleh lebar lagi...
Permukaan daunnya majoriti berwarna hijau terutama di bahagian tepi daun... Urat daunnya kemerahan... dan daunnya mempunyai bintik besar berwarna pink keputihan...
Umbinya rajin mengeluarkan anak pokok keladi...
Kesimpulannya mudah dibiakkan....

Thursday, 24 May 2012

Ros Jepun 4
RM 5.00/Pasu

Japanese Roses Kuning Jambul Pink

Monday, 23 April 2012

Anak Pokok Markisa Buah Merah & Kuning Untuk Dijual...

Jualan Anak Pokok Markisa Buah Merah & Buah Kuning

Anak Pokok Dalam Polibeg RM 10.00


**********************************
Jualan telah ditamatkan pada Disember 2013

Terima kasih kepada yang telah membeli. Semoga pokok markisa di bawah jagaan tuan/puan akan subur sentiasa.

Tuesday, 13 March 2012

Vermitea... Penggalak Bunga

Vermitea... 
Atau dikenali juga sebagai air mandian dan juga perkumuhan cacing... Sesuai digunakan bagi merangsang pengeluaran bunga... Jika berminat silalah klik menu di atas 'Baja Cecair' bagi mendapatkan harga berdasarkan kuantiti yang dikehendaki....

Wednesday, 25 January 2012

Keladi 71

Keladi 71

Keladi ini antara keladi yang lambat membiak...Daunnya berbentuk agak bulat dan ini antara sebab yang menjadikan ia unik dan menjadi pilihan peminat keladi sebagai salah satu koleksi keladi...

Warnanya merah tetapi permukaan daunnya tidak berkilat dan sedikit berombak.... Daun keladi ini majoritinya berwarna merah dan sedikit hijau..... Urat daunnya yang berwarna merah agak kelihatan tebal...

Thursday, 22 December 2011

Keladi : Tanaman Hiasan Penyeri Laman

Cantik Tak..?

Tanaman hiasan ni kalau dah subur semestinya cantik... Ditambah lagi dengan gabungan kreativiti dalam landskap macam gambar di atas.... Tunggul kayu reput pun boleh menggantikan pasu atau tanah semata-mata....
 Apa lagi moh le kite teraaaa tanam dalam tunggul kayu yang dah reput....

Lagi tentang keladi boleh klik http://mk-collections.blogspot.com


Monday, 14 November 2011

Keladi 29

Keladi 29

Kalau diperhatikan daunnya agak lebar tetapi tidaklah panjang ... Berdasarkan pengalaman keladi jenis ini bukan jenis keladi yang boleh tumbuh tinggi... Sebaliknya keladi ni lebih kepada hidup berumpun...Maksudnya apabila daunnya banyak, keladi ini akan kelihatan lebih cantik dan menarik....

Friday, 14 October 2011

Ulam-ulaman Malaysia....


Coretan Oleh : Fida

Alhamdulillah.... Bestnya dapat makan ulam-ulam yang ada kat Malaysia ni.... Ditambah dengan kehadiran sambal belacan atau sambal nyior.... Makan pula time tengahari.... Sedapnya....

Timun tikus ni saya kutip kat rumah mak mertua.... Mak mertua saya tanam kat tepi pagar rumah je dan pokok timun tikus ni menjalar dan melilit kat pagar tanpa guna junjung kayu atau jaring pukat....

Pucuk cabang tiga tu mak mertua saya tak tanam, jadi dia beli kat pasar je.... Rasanya tidak la kelat.... Biasa-biasa je la.... Rasa ulam la katakan...

Pucuk janggus atau gajus tu saya petik kat rumah mak mertua juga.... Ada kat laman rumah.... Dah besar pun pokoknya.... Kena guna tangga nak memetiknya.... Apa lagi mangsanya my hubby la yang kena panjat tangga....

Petai tu pula beli kat pasar je....

Jom makan ulam-ulaman malaysia.....


Wednesday, 12 October 2011

Daun Keladi Kembar Siam / Siamese Twins of Caladium Leaf


Assalamulaikum... Hai Everybody....

This time i would like to share something that really amazed me... Caladium leaf also can be found as Siamese Twin not only human like us....

Thursday, 6 October 2011

Pembiakan Keladi Secara Vegetatif

Pembiakan keladi secara vegetatif ni senang je... Kita boleh pisahkan sahaja anak pokok keladi dari induknya... Apa yang pasti pisahkan anak keladi yang dah ada banyak daunnya at least 2 helai daun... Takut nanti kalau setakat sehelai je daunnya nanti tak dapat survive pula sebab takut akar serabut tak terbentuk lagi... Kalau hidup pun takut nanti akan ambil masa yang lama untuk besar... Kalau ubi keladi tu kecil sangat pun takut tak dapat survive... Kekadang kalau terlebih siram pun masalah lain akan timbul iaitu ubi keladi tadi akan mati samada air siraman tadi telah melemaskan ubi atau dah terkena jangkitan kulat yang akan menyebabkan ubi mereput/lembik....

Monday, 15 August 2011

Koleksi Peribadi Keladi Hiasan

Saya & wife berkongsi minat yang sama iaitu menanam dan membiak keladi hiasan... Sebahagian besarnya wife saya yang kumpul..... sebab memang dia yang mula dulu masa dia masih belajar lagi...

Sesiapa yang ingin mendapatkan keladi-keladi hiasan...bolehlah mengunjungi blog yang tertera pada gambar-gambar keladi di bawah

Inilah sebahagian dari koleksi tersebut...